Kota kinabalu...aku datang

Alhamdulillah ....
Pertama kali dalam hidup diberi peluang untuk menjejakkan kaki ke bumi kenyalang ni...
Kota kinabalu..
Suatu tempat yang tidak asing lagi bagi rakyat semenanjung ni....
Aku je yang masih belum berpeluang untuk menjejakkan kaki sehingga panggilan kerja telah membawa aku kesini..
Tugasan bagi menghantar penghuni di tempatku yang telah berpuluh tahun terpisah dari keluarga juga anak-anaknya sendiri...
Aku bersama sahabat baikku yg juga merangkap kakak bagiku memulakan perjalanan untuk ke sana...
Dari Melaka kami bertolak ke kuala Lumpur International Airport dihantar oleh kenderaan jabatan bagi memulakan tugasan kami..
Dari KLIA kami bertolak ke Kota Kinabalu Airport....
Sebaik menjejakkan kaki kami di sana ramai ahli keluarga penghuni telah menunggu untuk membawa penghuni pulang...pelbagai reaksi yang kami terima..termasuk sesih,suka dan juga duka dari mereka...
Kami dibawa menetap sebuah hotel bajet berhadapan pasar filipina..dikenali sebagai sinsuran...
Masa kami x panjang kerana esk paginya kami perlu pulang ke semenanjung...
Pada hari itu kami sempat melawat ke pasar filipina,jamilah textile dan beberapa tempat berdekatan tempat tinggal kami...
Pada keesokkan pagi juga kami telah Mari-Mari Cultrul village bagi melihat kehidupan suku kaum setiap bangsa di sabah.......
Pengalaman indah walaupun sekejap mengajar erti kebahagiaan....
Pada sebelah ptgnya kami bergegas untuk pulang ke tempat asal..
Dan pastinya bumi itu akan kami jejakki lagi....
Ini juga adalah pengalaman terakhir bersama sahabatku Roslinda....

Comments