Posts

Showing posts from September, 2018

Kota kinabalu...aku datang

Image
Alhamdulillah .... Pertama kali dalam hidup diberi peluang untuk menjejakkan kaki ke bumi kenyalang ni... Kota kinabalu .. Suatu tempat yang tidak asing lagi bagi rakyat semenanjung ni.... Aku je yang masih belum berpeluang untuk menjejakkan kaki sehingga panggilan kerja telah membawa aku kesini.. Tugasan bagi menghantar penghuni di tempatku yang telah berpuluh tahun terpisah dari keluarga juga anak-anaknya sendiri... Aku bersama sahabat baikku yg juga merangkap kakak bagiku memulakan perjalanan untuk ke sana... Dari Melaka kami bertolak ke kuala Lumpur International Airport dihantar oleh kenderaan jabatan bagi memulakan tugasan kami.. Dari KLIA kami bertolak ke Kota Kinabalu Airport.... Sebaik menjejakkan kaki kami di sana ramai ahli keluarga penghuni telah menunggu untuk membawa penghuni pulang...pelbagai reaksi yang kami terima..termasuk sesih,suka dan juga duka dari mereka... Kami dibawa menetap sebuah hotel bajet berhadapan pasar filipina..dikenali sebagai sinsuran...